Ragut


Sejak dahulu masyarakat tidak ambil kisah mengenai kes ragut biarpun ada kalanya individu terbabit kehilangan sejumlah besar wang tunai dan barang kemas. Ketika itu, kes ragut masih dianggap sebagai terpencil dan tidak memudaratkan mangsa. Namun perubahan masa telah menyaksikan ragut sebagai satu jenayah serius yang sejak akhir-akhir ini turut meragut nyawa manusia.

Kenapa hanya wanita yang menjadi mangsa kebanyakan kes ragut? Pada hal selama ini mereka langsung tidak pernah terfikir bahawa ragut boleh mengancam nyawa. Fenomena ini telah membawa satu lagi amaran kepada wanita supaya lebih berhati-hati dalam kehidupan seharian mereka terutama ketika berada di khalayak. Banyak pihak apabila memperkatakan tentang jenayah ragut ini meletakkan kesalahan kepada wanita kerana leka dan tidak peka kepada jenayah yang akan mereka hadapi.

Menurut mereka peragut terpanggil melakukan jenayah kerana didorong oleh penampilan mangsa yang membawa beg tangan dengan penuh gaya tanpa memikirkan keselamatan atau memakai barang kemas yang tidak sepatutnya semasa berada di tempat awam.

Profesor Mahmood Nazar Mohamad, Pensyarah Fakulti Pembangunan Sosial dan Manusia, Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, kejadian maut yang berlaku membabitkan ragut ini adalah amaran awal kepada wanita supaya mengambil langkah memperkasakan diri untuk menentang kejadian seumpama itu. Menurutnya daripada sudut psikologi, wanita perlu peka dan menanamkan dalam jiwa mereka bahawa kes ragut kini adalah serius dan kemungkinan akan berlaku kepada diri mereka pada bila-bila masa. Selama ini wanita terkenal dengan sikap mengambil mudah dan berperasaan tidak apa.

Keselamatan
Wanita patut memulakan usaha melengkapkan diri dengan langkah-langkah keselamatan sewajarnya. Contohnya apabila hendak ke tempat meletak kereta, pastikan anda telah bersedia untuk melakukan sesuatu apabila diserang,

Pada masa yang sama, mereka harus peka kepada keadaan keliling serta mengawasi orang-orang yang mencurigakan di samping berusaha mendapatkan maklumat tentang cara-cara mengendong beg yang betul, cara berjalan dan elakkan daripada menghampiri kawasan yang tidak perlu. Contohnya apabila berjalan di kaki lima jalan, pastikan beg tangan yang dipegang atau dikendong berada pada sebelah kiri. Ini bagi menghalang peragut daripada menghampiri dengan mudah untuk merentap beg tangan yang sedang disandang atau dipegang itu.

Jelas Profesor Mahmood, wanita juga perlu membina kesedaran untuk sentiasa berhati-hati tidak kira masa dan tempat. Bagi mereka yang pernah mengalaminya, hendaklah berhati-hati supaya kejadian itu tidak akan berulang. Ditanya sama ada wanita sendiri yang menjadi pendorong kepada peragut, Mahmood berkata semuanya bergantung kepada penampilan individu itu sendiri dan sejauh mana mereka membuat persiapan untuk menghadapi risiko sedemikian apabila berada di luar rumah.

Sehubungan itu, beliau turut bersetuju wanita mempelajari seni mempertahankan diri untuk berdepan dengan peragut sekiranya mengalaminya.


Dalam hubungan ini, wanita terbabit perlu bijak membuat keputusan pada saat itu sama ada hendak melepaskan beg yang diragut atau mempertahankan beg tersebut bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku terhadap mereka. Mahmood turut menasihati wanita supaya tidak membawa dokumen penting dan wang tunai yang banyak di dalam beg tangan kerana peragut lebih gemar meragut beg tangan berbanding barang kemas.

Menurut Mahmood, sudah sampai masanya wanita melancarkan gerakan pre-mansion untuk mengingatkan kaum wanita akan bahaya ragut terhadap mereka. Ini boleh dilakukan melalui kempen di tempat kerja, kawasan perumahan, di surau dan majlis-majlis rasmi. Wanita yang pernah menjadi mangsa peragut boleh tampil bercerita tentang pengalaman mereka untuk dikongsi bersama dengan rakan-rakan sejenis,'' cadangnya.

Seperkara lagi kata Mahmood, masyarakat juga harus lebih prihatin dengan keadaan sekeliling. Mereka patut tampil memberi bantuan apabila berada di dalam situasi seperti itu. Sekiranya ternampak seakan-akan sesuatu yang buruk akan berlaku di kawasan anda berada, segeralah bertindak dan berusaha untuk menghalangnya. Jangan hanya menjadi pemerhati. Saya juga berharap undang-undang untuk pesalah kes ragut ini ditimbang semula dan perketatkan supaya mereka yang mungkin akan melakukan jenayah tersebut merasa takut dan berfikir banyak kali sebelum melakukannya,'' jelas Mahmood.

Dalam apa juga keadaan, kata Mahmood, langkah terbaik adalah sentiasa berhati-hati.

Berpeganglah kepada pepatah, berjimat sebelum habis, beringat sebelum kena.

Sumber: Utusan Malaysia

1 comment:

  1. *بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم*
    *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
    🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

    *Senaman Nafas Sejati (SNS)* adalah daripada SEGALUR SANAD SUNAN GUNUNG JATI (Wali Songo)turun ke Tokku Paloh di mana ijazahnya yang boleh kita sama sama miliki daripada GURU ,dan terus boleh digunakan (instant), ilmu HAQ tanpa khodam Dan Jin ini adalah ILMU semata-mata yang dinamakan sebagai SENAMAN NAFAS SEJATI (SNS)

    https://youtu.be/JwOuca1LDb4

    Kini oleh kerana sudah dekat masanya dengan akhir zaman, Guru perkenan untuk menzahirkan Pengijazahan SNS sebagai pakaian se-anak bangsa demi pertahanan & perjuangan kelak.

    2ijazah Diturunkan serentak dengan Mahar Promosi Sebanyak Rm388 Menghadap Guru
    jarakjauh @Rm288

    Khafiat / Kelebihan ( Atas Izin Allah) :-
    -Wibawa tinggi
    _Disegani Bangsa Jin & Manusia
    _Daya Tarik Luar Biasa
    _Menjadi Perawat
    _Aura Cahaya
    _Barokah Karomah Wali
    _Firasat Kuat & Tajam
    _Energi Positif Tinggi
    _Keselamatan Mutlak Zahir Dan Batin
    _Keselamatan Dari Pengaruh Jahat
    _Terhindar Dari Ancaman / Bahaya Yang Mengancam
    _Pagar Tubuh, Keluarga, Rumah, Pekarangan, Tempat Bisnes Dll
    _Pendinding Dari Santau, Tenung, Guna-Guna Dan Pengaruh Mistik Lainnya.
    _Pengobatan Segala Macam Penyakit
    _Kewibawaan, Mengangkat Darjat Dan Pangkat.
    _Penglarisan, Mahabbah Umum Dan Khusus
    _Memudahkan Rezekinya
    _Dipanjangkan Umurnya
    _Dikasihi Para Hamba Allah Serta Dimudahkan Segala Apa Yang Dicita-Citakannya
    - Yang bersifat panas baran sebelum ini akan menjadi mudah sejuk Dan mudah mengenali sabar dengan keinzinanNya

    *Makluman*
    Tuan Guru Ialah Orang Melayu Dari Pahang.

    Ijazah Senaman Nafas Sejati (2in1)
    Mengadap Guru
    ☘Lokasi :- Damansara Damai,Kuala Lumpur
    *Status:- Locked & Comfirmed*
    🔥Tekan Link
    https://chat.whatsapp.com/HdUtVCmuna40MtR8BiMhwm

    *ijazah jarak jauh open setiap masa bergantung kepada masa yang Guru tetapkan.(Perlu Melalui Admin)

    Ijazah Bertemu lutut dengan Guru
    1) Taklimat Dari Guru
    2) Berwuduk
    3) Sesi Ijazah Bertemu Lutut Dengan Guru , 5 min Seorang
    4) Penerangan Gerakan jurusan SNS
    5) Latihan Demonstrasi

    *Syarat Kelayakan*
    Beragama Islam
    18 ke bawah dapat keizinan dari ibu bapa atau penjaga
    *Cukup Akal & Sihat Tubuh Badan

    *Pantang-Larang*
    *Tidak membuat perkara yang di haramkan oleh agama islam.

    *Amalan*
    -Bismillah
    -Syahadah
    -Al-fatihah
    -Yassin Ayat 82

    *Pendaftaran*
    Segala pembayaran dan comfirmation nama,boleh berurusan dengan Encik Admin
    0129799338

    Boleh Masuk Group Melalui Link Di Bawah Ini👇🏼👇
    *Telegram KeilmuanHaq*
    http://t.me/KeilmuanHaq

    *Activity & Testimoni SNS*
    http://t.me/SenamanNafasSejati

    WHATSAPP SAYA SEKARANG JUGA!!!
    www.wasap.my/+60129799338/IjazahSNS

    ReplyDelete