Monday 28 April 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera





Selamat Datang Ke Blog Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah Menengah Kebangsaan Sering, Kota Bharu, Kelantan.


Blog ini ditubuhkan pada 28 April 2014 hasil initiatif daripada guru-guru pelatih B. Ed TESL (Marjon 2) daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu iaitu Encik Mohd Affandi Bin Abdul Ghani dan Cik Aisyah Afifah Binti Safiee dengan bantuan AJK Tertinggi Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) 2014. Blog ini adalah hasil dapatan guru-guru tersebut daripada Bengkel Pengurusan Kelab Pencegahan Jenayah dan Pembinaan Blog KPJ Sekolah Peringkat IPG Kampus Kota Bharu.

Blog ini diwujudkan sebagai saluran penyampaian maklumat serta tempat perkongsian pendapat antara KPJ sekolah - sekolah seluruh Malaysia. Sudi - sudikanlah menjadi ‘followers’ serta meninggalkan komen-komen yang membina bagi membantu mencegah jenayah serta meningkatkan kualiti blog serta KPJ SMK Sering (SMKS).


Tentang Kami


Kementerian Pelajaran Malaysia, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1999 bertarikh 10 Jun 1999, telah menyarankan bahawa semua sekolah menengah di seluruh negara supaya menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah.

Saranan penubuhan kelab ini adalah bertujuan untuk membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid terhadap kemungkinan wujudnya gejala antisosial di sekeliling mereka.

Seterusnya, diharapkan agar kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan polis dapat diselaraskan dalam usaha membanteras perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah.