Pengenalan

Nama Rasmi Kelab: Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah

Alamat Sekolah: Sekolah Menengah Kebangsaan Sering, 16150 Kota Bharu, Kelantan.

Moto: ‘Mencegah Lebih Baik Daripada Memerangi’

Matlamat Penubuhan KPJ:

1.      Membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid terhadap kemungkinan wujudnya gejala antisosial di sekeliling mereka.
2.      Mewujudkan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dan pihak polis dalam usaha mencegah perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar sekolah.
3.      Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah.

Objektif KPJ:

1.      Memupuk rasa patuh kepada peraturan sekolah dan undang-undang Negara.
2.      Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah.
3.      Menanam nilai-nilai moral yang tinggi dalam kalangan pelajar, bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi jenayah.
4.      Menyediakan garis panduan cara-cara pencegahan jenayah dan menggalakkan mereka menjalankan aktiviti yang berfaedah.
5.      Melahirkan pelajar yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara dalam hal-hal pencegahan jenayah.


Tugas-tugas AJK:

   1. Pengerusi:
Mempengerusikan mesyuarat yang diadakan.
   2. Naib Pengerusi: Memastikan semua kegiatan dijalankan dengan baik.
Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab  yang diberi.
   3. Setiausaha: Mencatat minit mesyuarat.
Menyediakan laporan semester dan tahunan.
   4. Naib Setiausaha: Membantu Setiausaha menjalankan segala tugas dan tanggungjawab yang diberi.
   5. Bendahari: Mengutip wang sumbangan daripada ahli.
Memastikan akaun sentiasa dikemaskini.
   6. Naib Bendahari: Membantu bendahari menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.

Hak-hak ahli:

1.      Ahli berhak mengundi untuk pemilihan ahli jawatankuasa.
2.      Ahli boleh menyertai aktiviti-aktiviti persatuan.
3.      Setiap ahli yang menghadiri mesyuarat atau perjumpaan yang dianjurkan oleh persatuan hendaklah mengikut tatatertib mesyuarat atau persatuan dan berpakaian yang sesuai.

Mesyuarat:

1.      Mesyuarat Agong akan diadakan setiap tahun pada hari yang ditetapkan oleh sekolah ataupun jika perlu pada hari dan masa yang ditetapkan oleh Ketua Guru Penasihat.                      
2.      Perlembagaan yang disahkan oleh Pengetua.
3.      Pemilihan jawatankuasa kelab.
4.      Perancangan aktiviti asas yang disahkan oleh Pengetua.
5.      Mesyuarat AJK hendaklah sekurang-kurangnya dua kali sepenggal.
6.      Kuasa untuk memanggil mesyuarat AJK adalah di bawah Ketua Guru Penasihat.
7.      Setiap mesyuarat diminitkan dalam buku Buku Laporan Persatuan/ Kelab oleh Setiausaha.
8.      Agenda mesyuarat hendaklah ditulis dipapan kenyataan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum mesyuarat.
9.      Laporan bertulis hendaklah dibuat untuk setiap aktiviti dalam Buku Laporan Persatuan.
10.  Laporan lawatan dan/atau Pertandingan Persatuan/Kelab hendaklah disediakan dan satu salinan diserahkan kepada Penyelaras Kokurikulum sekolah.
11.  Tempat mesyuarat: tidak terhad kepada mana-mana bilik atau dewan.
12.  Tempat perjumpaan untuk aktiviti: berpusat dalam kawasan sekolah.
  
Keahlian:

Keahlian terbuka kepada semua murid.

No comments:

Post a Comment